Friday, May 18, 2007

Status Projek RMK 9 Bangunan Tambahan & Gunasama Hospital Gua Musang



Kerja-kerja projek sedang "rancak" dijalankan. Sekarang dalam proses penyediaan tapak asas bangunan.
Dukacita dimaklumkan bahawa projek ini telah pun mengalami kelewatan selama 100hari, peratusan yang siap hanyalah 15% berbanding 40% jika mengikut plan. Tarikh baru serahan bangunan tambahan ini ialah pada 10 April 2008.




BLOK ASRAMA JURURAWAT




BLOK BANGUNAN UTAMA YANG MERANGKUMI 2 BANGUNAN 2 TINGKAT DAN BANGUNAN SATU TINGKAT UNIT SOKONGAN

Maklumat Terkini HGM



Tuan Tanah memohon maaf kerana udah lama tidak meng'update'kan blog ini kerana kesuntukan masa dan nyebok memanjang.

Pasukan Bolasepak HOGUM akan menyertai Pertandingan Bolasepak Piala Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan yang akan berlangsung di Hospital Pasir Mas pada 25 & 26 Mei nanti. Latihan sedang giat dijalankan pada setiap petang di Padang Bola Sepak Batu Papan dan para pemain yang mengalami kecederaan menjalani rawatan fisioterapi di Unit Fisi HGM

Pada minggu depan juga Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital Gua Musang juga akan diadakan di HGM. Semoga dengan sambutan ini para jururawat akan lebih bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.






Tuesday, March 13, 2007

Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Gua Musang

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Dr Ahmad Nasir kepada Pemangku Pengarah HGM Dr Nik Mohd Faizal telah diadakan pada 13 Mac 2007 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Gua Musang pada pukul 12.30 tengahari.


Majlis ini disaksikan oleh Timbalan Pengarah ( Perubatan ) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Tengku Ramlah yang sudi meluangkan masa melakukan lawatan rasmi ke Hospital Gua Musang.
Antara lain dalam ucapan beliau, Dr Tengku Ramlah merakamlan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Ahmad Nasir atas khidmat serta pengorbanan beliau dalam memikul tugas sebagai Pengarah HGM selama lebih 4 tahun dan mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru, Hospital Tg Anis, Pasir Puteh.


Dalam pada itu juga beliau berharap mendapat sokongan padu serta kerjasama yang erat dapat dikekalkan di HGM bagi membantu Dr Nik yang akan memangku jawatan Pengarah HGM.

Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Gua Musang

Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Gua Musang telah disambut dengan meriahnya di Unit Hemodialisis HOGUM pada hari Ahad 11 Mac 2007.

Secara umumnya ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pesakit serta ahli keluarga tentang penyakit buah pinggang dan secara khususnya ia berobjektif memberi kesedaran tentang kebaikan rawatan hemodialisis serta memberi maklumat tentang penjagaan fistula dan CAPD di rumah.


Majlis telah dirasmikan oleh Dr Azian mewakili Pengarah dan dimulakan dengan sukaneka dan diikuti dengan persembahan multimedia.



Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan lagi hubungan antara kakitangan dengan pesakit amnya serta sokongan yang lebih padu dari ahli keluarga pesakit.

Tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan yang diselaraskan oleh En Azman Abd Aziz, MA U32 unit HDU kerana berjaya menganjurkan majlis yang julung-julung kali diadakan ini.












Wednesday, March 7, 2007

Jamuan Perpisahan Pengarah



Satu majlis jamuan makan tengahari sempena pertukaran Pengarah, Dr Ahmad Nasir telah diadakan di Unit Pendidikan Pesakit pada 7 Mac 2007, pukul 12 tengahari.

Dihadiri oleh kebanyakkan kakitangan, majlis dipengerusikan oleh En Azman dan dimulai dengan bacaan doa selamat oleh En Azman Fadhli. Antara yang turut berucap ialah Dr Nik, Ketua-ketua Unit serta Pengurus Radicare En Hussain. Turut disampaikan ialah cenderahari dari setiap unit.


Dalam ucapan beliau antara lain menceritakan pengalaman pahit manis sepanjang menjawat tugas sebagai Pengarah Hospital Gua Musang dan juga menasihati seluruh warga HOGUM supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik demi menjaga kualiti kesihatan masyarakat setempat.


Kita ucapkan kepada Dr Ahmad Nasir selamat bertugas di Hospital Tg Anis dan jangan lupa kami di sini.

Tuesday, March 6, 2007

Makan Malam Bersama Pengarah





Satu majlis jamuan makan malam bersama Pengarah, Dr Ahmad Nasir Mokhtar telah diadakan pada 6 Mac 2007 di perkarangan rumah beliau bersempena pertukaran beliau ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh pada 15 Mac 2007.

Semua kakitangan bersama keluarga telah dijemput hadir. Antara jaudah yang dihidangkan ialah satay dan mee goreng.










Gambar sewaktu bencana













Monday, March 5, 2007

Bencana @ HOGUM



Bencana telah diistiharkan di Hospital Gua Musang pada pukul 3 petang 5 Mac 2007 berikutan satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah bas sekolah yang membawa lebih 30 orang pelajar terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Panggung Lalat.

Panggilan kecemasan telah diterima lebih kurang jam 3 petang dan satu ambulan respon team yang diketuai MA Hisyam telah dihantar. Team kedua yang diketuai Dr Nik menyusul.

Kemalangan ini menyebabkan 3 kematian dan mangsa yang lain cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.


Sementara itu di hospital, kesemua kakitangan telah diarah bertugas dan bersiap sedia untuk menerima mangsa yang cedera. Unit kecemasan telah dijadikan zon merah dan kuning manakala laluan di sebelah unit xray dijadikan zon hijau.


Alhamdullilah, segalanya berjalan dengan baik dan kami mendapat kerjasama dengan pihak PDRM dalam mengawal lalu lintas dan orang awam yang ramai datang melihat.

Tuesday, February 27, 2007

welcome

testing testing, first post for hospital gua musang ( better known as hogum ) blog spot