Wednesday, November 12, 2008

Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Gua Musang


Pada 13 Oktober 2008, Dr Tg Ramelah Tg Senik Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah sudi meluangkan masa ke HGM untuk menyaksikan majlis serah tugas Pengarah HGM.
Beliau juga berkesempatan melawat beberapa fasiliti di HGM iaitu di Wad, Unit Kecemasan & Trauma serta Bilik Telekonsultansi



Sunday, October 12, 2008

Jamuan Aidil Fitri 2008

Satu majlis jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 12 Ogos 2008, bertempat di Unit Fisio HGM. Semua unit telah mengambil bahagian dalam jamuan ini dan kerjasama yang ditunjukkan amatlah membanggakan.



Antara juadah yang disediakan ialah roti jala, nasi tomato, makroni bakar, satay, fruit cocktail dan lain-lain yang tak dapat disebutkan disini.





Pihak urusetia ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan dalam menjayakan majlis tahunan ini.

Lawatan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan

Pada 7 September 2008, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan yang baru, Dr Lila P Meeran telah melakukan lawatan mengejut ke Hospital Gua Musang dan mengadakan lawatan ke semua unit. Beliau telah diiringi oleh Pengarah HGM yang baru Dr Ariffin Nor serta Dr Nik Mohd Faizal.


Pada lawatan tersebut beliau telah berkesempatan bertemu dengan seluruh warga kerja HGM dan sempat memberi amanat serta motivasi kepada semua kakitangan yang bertugas. Beberapa komen beliau dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan diambil perhatian dengan serius oleh pihak pengurusan HGM dan cabaran disahut supaya HGM memberikan khidmat yang berkualiti kepada para pelanggan.

Pertukaran En Ooi


Selamat bertugas di HRPZ II diucapkan kepada En Ooi, semoga bergembira di tempat baru.

Majlis Serah Tugas Ketua Jururawat HGM


Pada 13 Julai 2008, sempena Sambutan Hari Jururawat 2008 peringkat HGM, satu majlis serah tugas Ketua Jururawat telah diadakan. Ketua Jururawat Siti Fatimah telah bertukar ke HRPZ II dan diganti oleh KJ Aisiah Bee dari Hospital Temerloh. Diucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana dapat kembali ke tempat masing-masing. Tahniah juga diucapkan kepada dua lagi KJ Mariam & KJ Zeraida yang juga ditugaskan ke HGM.


Monday, April 21, 2008

Gambar Kemalangan





























KEMALANGAN DI KUALA BERANG


Dr Nik & En Ridzuan telah terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan 4 kenderaan ( van, wira, everest hgm dan lori pembancuh simen ) di KM 23 jalan kuala berang-kuala terengganu pada 20 April 2008 jam lebih kurang 3.15ptg.

Alhamdullilah mereka hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan di rawat sebagai pesakit luar di Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu.
Mereka mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu serta bertanya khabar dan tidak lupa juga kepada semua kakaitangan Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu dalam memberi rawatan kepada mereka.

Tuesday, April 15, 2008

Pertandingan Boling Hospital Gua Musang

ini cerita lama, tapi nak kena masukkan juga. satu pertandingan boling antara kakitangan hogum telah diadakan di Pacific Bowl, KB Mall Kota Bharu pada 19 Januari 2008. penyertaannya amat memberangsangkan kerana jumlahnya hampir dua kali ganda dari yang dianggarkan oleh penganjur.
juara perseorangan lelaki : dr nik mohd faizal
juara perseorangan wanita : puan azura
juara bergu lelaki : dr nik / nawi
juara bergu wanita : dr ezdiani / dr azian


tahniah kepada para pemenang, hadiah telah diberikan sewaktu perhimpunan pagi akhir bulan tersebut.

Sunday, April 13, 2008

Perhimpunan Pagi Bulan April Hospital Gua Musang

Sessi perhimpunan pagi telah diadakan pada 14 April 2008. Tazkirah dilakukan oleh Unit Rekod Perubatan. Manakala warga HGM yang baru telah mengenalkan diri secara rasminya. Pengarah dalam ucapannya menekankan sistem penyampaian yang berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan. Beliau juga memaklukan beberapa teguran audit yang perlu diberi perhatian.


Sunday, March 23, 2008

Sambutan Hari Maulud

Sambutan Hari Mauludur Rasul peringkat HGM telah diadakan pada 23 Mac 2008, bertempat di UPP HGM.

rakaman video dapat dilayari di youtube.com, search "hogum, maulud" atau pun cuma klik pada gambar video di bawah

Wednesday, February 20, 2008

PERTUKARAN KETUA JURURAWAT

Pada 9 Januari 2008, satu majlis serah tugas telah diadakan di Bilik Mesyuarat HGM sempena dengan pertukaran Ketua Jururawat Baraety A/P Ayappan ke HRPZ II, Kota Bharu. Pengganti beliau ialah Ketua Jururawat Siti Fatimah Omar juga dari HRPZ II.
Sepanjang perkhidmatan beliau selama hampir 9 bulan di HGM, beberapa perubahan telah dibuat dalam memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti terutama di Unit Pesakit Dalam. Dalam ucapannya, beliau menganggap pengalaman bekerja di Gua Musang adalah yang paling unik dan berharga dan telah mematangkan lagi beliau terutamanya dalam aspek pengurusan hospital.

Selamat pulang ke tempat asal dan selamat maju jaya diucapkan kepada Sister Baraety.

Tuesday, February 19, 2008

MS ISO 9001:2000

pada 19 hingga 21 november 2007, hospital gua musang telah menerima kunjugan dari auditor dari SIRIM untuk mendapatkan persijilan ISO yang telah tamat tempoh. kedia-dua auditor itu ialah Puan Mariam sebagai Lead Auditor dibantu oleh Dr Nawi sebagai Contract Auditor.







alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan pada mesyuarat penutup telah diumumkan bahawa tiada penemuan NCR yang bermakna Hospital Gua Musang berjaya mendapatkan persijilan penuh untuk tiga tahun (2007-2010)





diharap dengan kejayaan ini, para kakitangan akan terus bermotovasi dan bersemangat untuk terus memberikan kualiti kerja yang terbaik selaras dengan persijilan yang telah diberikan.

NEXT-> AKREDITASI !!!!














































Blog HOGUM kembali aktif

blog hogum akan kembali bernyawa setelah 9 bulan berhibernasi. kesuntukan masa serta keutamaan yang lebih ditumpukan oleh tuan tanah menyebabkan blog hogum tidak dapat di update walaupun banyak berita dan peristiwa yang perlu dikongsi bersama.